Ku Nan bebas, berjaya ketepi sabitan - Utusan Malaysia

Ku Nan bebas, berjaya ketepi sabitan

sokong Muhyiddin
TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berjaya mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Keputusan majoriti 2-1 oleh panel tiga hakim dengan Datuk Suraya Othman dan Hakim Ahmad Nasfy Yasin manakala Hakim Datuk Abu Bakar Jais menentang.

Tengku Adnan sebelum ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Disember tahun lalu yang menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta selepas didapati bersalah terhadap tuduhan rasuah.

Pada 22 April lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh lain untuk membuat keputusan Tengku Adnan di atas kesalahan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Tengku Adnan didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya sebanyak RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn. Bhd. (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN