KPKT nafi tawaran iklan permohonan rumah mampu milik  - Utusan Malaysia

KPKT nafi tawaran iklan permohonan rumah mampu milik 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menafikan tawaran iklan berhubung ‘Permohonan Terbuka Rumah Mampu Milik Serendah RM30,000’, ‘Skim Myhome & MyDeposit 2021’ serta ‘Bantuan RM60,000 Bina Rumah Atas Tanah Sendiri’ yang tular, baru-baru ini. 

Tawaran itu dikatakan di bawah Skim Pinjaman Perumahan (SPP) dan diiklankan secara dalam talian oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

KPKT menerusi kenyataan akhbar memakumkan, pada masa ini, hanya permohonan bagi Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam (PPAM), Perumahan PR1MA dan SPNB yang dibuka oleh KPKT. 

“KPKT menerima  pelbagai aduan dan pertanyaan daripada orang awam berhubung iklan palsu tersebut. 

“KPKT memandang serius terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan iklan palsu dan menasihati orang ramai untuk lebih berhati-hati agar tidak terpedaya atau terkeliru dengan sebarang tawaran permohonan yang diiklankan,” katanya. 

Sebelum ini, KPKT menerusi satu notis pemberitahuan pada 24 Jun lalu memaklumkan SPP untuk golongan berpendapatan rendah masih ditutup. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya