Korban baju melayu – Ryan bukan niat tarik perhatian - Utusan Malaysia

Korban baju melayu – Ryan bukan niat tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ryan Deedat sanggup mengoyakkan baju melayu kesayangannya ketika menerima suntikan vaksin pada Hari Raya Aidiladha.

Ryan ketika dihubungi, menjelaskan, perbuatan tersebut bukanlah disebabkan untuk meraih perhatian khalayak tetapi sekadar simbolik “pengorbanan” yang kebetulan tarikh temu janji jatuh pada hari perayaan mulia itu.

“Sementara orang lain ada cara tersendiri untuk merakamkan momen bersejarah terima suntikan vaksin, saya pun sama mahukan momen yang dapat dikenang sampai bila-bila.

“Sebab keduanya, malam sebelum hari kejadian, saya ada buat siaran langsung di Instagram dan berkongsi dengan peminat. Lantas mereka mencadangkan sekali gus mencabar saya untuk pakai baju Melayu yang saya sayang dan mengoyakkan pada bahagian suntikan.

“Momen macam itu kita takkan dapat lebih-lebih lagi pada Hari Raya Aidiladha,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Bercakap mengenai keresahan segelintir rakyat yang bimbang akan kecuaian jururawat dalam menjalankan tugas tersebut, kata Ryan, dia akan pastikan informasi diberikan adalah betul dan melihat picagari.

“Saya sedar dengan isu kecuaian jururawat itu, jadi saya pastikanlah dos vaksin yang nak disuntik betul namanya dan isi padu dos vaksin ialah 0.3ml,” jelasnya yang menerima dos suntikan pertama jenis Pfizer di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ryan akan lengkap vaksinasinya pada 10 Ogos depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya