Kluster tempat kerja terus dominasi kes positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Kluster tempat kerja terus dominasi kes positif Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan 42 kluster Covid-19 baharu dengan 25 daripadanya adalah kluster tempat kerja serta 12 kluster komuniti manakala kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster pusat tahanan, masing-masing dua kluster serta satu kluster pendidikan lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja melibatkan enam di Johor, Selangor (empat), Sabah (tiga), Kedah (dua), Kelantan (dua), Negeri Sembilan (dua), Pulau Pinang (dua) Kuala Lumpur (dua) manakala Pahang dan Perak, masing-masing satu kluster.

Di Johor katanya, Industri Batu Lapan Bakri di Muar (20 kes), Bukit Batu Bakri di Muar (15), Persiaran Laman Setia Sembilan di Johor Bahru (15), Industri Batu 17 Saleng di Kulai (14), Saujana Putra Kesang di Tangkak (14), Jalan Keluli Tiga Barat di Johor Bahru dan Kota Tinggi (13); Selangor, Industri Jasmine Tiga di Hulu Selangor dan Hulu Langat (29), Industri Sungai Puluh Batu Lima di Klang (16), Industri Mas Tujuh di Sepang (14), Industri Jasmine Dua di Hulu Selangor (12).

“Di Sabah, Jeti Kudat di Kudat (44), Jalan Penampang di Penampang (29), Industri Kolombong di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran (23); Kedah, Dah 14 Industri Kulim di Kulim (187), Dah Raya Industri Pendang di Pendang, Kota Setar, dan Padang Terap (33); Kelantan, Kuala Jambu di Bachok dan Kota Bharu (10), Simpang Empat Tendong di Pasir Mas dan Kuala Krai (5) serta Negeri Sembilan, Industri Jalan Senawang Dua di Seremban (53), Pasar Besar Seremban di Seremban dan Jempol (15).

“Pulau Pinang pula, Lorong Perusahaan Bukit Minyak 22 di Seberang Perai Tengah (14), Jalan Tasek di Seberang Perai Selatan (10); Kuala Lumpur, Lorong Helang Hindik di Kepong (33), Jalan Gombak Traders di Titiwangsa dan Kepong (tujuh); Pahang, Teluk Cempedak di Kuantan (16); Perak, Jalan Beruas di Larut, Matang dan Selama (12),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Kluster komuniti pula, Kelantan (empat), Pahang (tiga) manakala Terengganu, Sarawak, Kedah, Selangor, Sabah masing-masing satu kluster.

“Kelantan, Kampung Hutan Kuin di Machang (30 kes), Kampung Hutan Puteh di Machang (13), Kampung Kedai Buloh di Kota Bharu (12), Kampung Nilam Puri di Kota Bharu (11); Pahang, Sepekan Makmur di Pekan (61), Paya Keladan di Temerloh (26), Taman Astana View IM 15 di Kuantan (24); Terengganu, Kampung Anak Ikan Komuniti Terengganu Besut (29); Sarawak, Sebayor di Samarahan dan Kuching (22); Kedah, Dah Singki di Yan dan Kuala Muda (21); Selangor, Kampung Bagan di Sabak Bernam (20) dan Sabah, Inderasabah di Tawau (14).

“Dua kluster kumpulan berisiko tinggi iaitu Alor Tempoyak di Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu, Terengganu (55 kes), Mutiara Kemuning di Klang, Selangor (6); Kluster pusat tahanan, Tembok Tapah 2 di Batang Padang, Perak (144), Pagar Panglima Bukit Gantang di Kinta, Perak (59) manakala Kluster pendidikan lain, Jalan Kajangan di Putrajaya (21),” katanya.

Beliau berkata, Malaysia merekod peningkatan semula kes positif Covid-19 sebanyak 16,117 kes berbanding semalam, 14,516 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 11,526 kes.

Katanya, sebanyak 207 kematian dicatatkan dengan 1,023 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 524 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 170,224 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 6,616 kes diikuti Kuala Lumpur (2,457), Kedah (1,000), Johor (907), Sabah (741), Melaka (674), Negeri Sembilan (669), Pulau Pinang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405), Pahang (403) dan Terengganu (317).

“Hanya Putrajaya merekodkan kes di bawah 200 iaitu 122 kes manakala Labuan (11) dan Perlis, dua kes,” katanya.

Mengulas mengenai 207 kematian, Noor Hisham berkata, Selangor kekal penyumbang terbanyak iaitu 96 kes, 34 kes di Kuala Lumpur, 21 kes di Johor, 17 kes di Melaka, 15 kes di Kedah, tujuh kes di Negeri Sembilan, lima kes di Kelantan, masing-masing tiga kes di Sabah dan Terengganu, masing-masing dua kes di Sarawak dan Pahang, serta masing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Labuan.

“Kematian melibatkan 112 lelaki dan 95 wanita dengan 26 warga asing, 31 kes meninggal dunia di rumah dan 161 pesakit mempunyai latar belakang penyakit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya