Kluster komuniti dominasi pertambahan 30 kluster hari ini - Utusan Malaysia

Kluster komuniti dominasi pertambahan 30 kluster hari ini

Sebanyak 161 daripada 487 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes BID sebanyak 4,809 kes. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan pertambahan 30 kluster baharu dengan 16 daripadanya adalah kluster komuniti diikuti lapan kluster tempat kerja, empat kluster kumpulan berisiko tinggi manakala keagamaan dan pendidikan tinggi, masing-masing satu kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja, enam di Kelantan, Kampung Baru Bukit Kecil Labok di Machang dan Kota Bharu (12 kes), Kampung Banggol Pak Esah di Pasir Puteh (19), Paloh Pintu Geng di Kota Bharu (11), Kampung Jambu Panji di Kota Bharu (10), Kampung Bukit Merbau di Pasir Puteh (35), Kerilla di Tanah Merah (9) dan dua di Johor, Jalan Bistari Yayasan di Segamat dan Johor Bahru (19), Jalan Mohd Aris di Mersing (25).

Katanya, dua di Selangor, Muhibah di Sabak Bernam (16), Desa Ayer Hitam di Sepang (40) dan dua di Sarawak, Ulu Senulau Saratok (35), Balai Ringin Melayu di Serian dan Simunjan (80).

“Bakinya, dua di Perak, Biak Darat di Perak Tengah (15); Bukit Berangan Hulu Perak (36); Teluk Menara di Kuala Terengganu, Terengganu (38); Kampung Mananam di Tongod, Sabah (20).

“Kluster tempat kerja pula, dua di Johor, Temenggung Industri di Johor Bahru (7), Ulu Pulai di Pontian (9); dua di Sabah, Jalan Stesen TV di Tawau (68), Bukit Mas di Kinabatangan, Sabah (11); Industri Kenanga Lapan di Hulu Selangor, Selangor (32); Tapak Bina Jalan Putra di Lembah Pantai, Kuala Lumpur (23); Jalan Batu Karang di Kampar dan Batang Padang, Perak (34) dan Jalan Pesisir Bintulu-Miri di Bintulu, Sarawak (25),” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, kluster kumpulan berisiko tinggi mencatatkan dua di Johor, Sutera Soga Batu Pahat (13), Off Jalan Bandar PG di Johor Bahru dan Pontian (10); Jalan Utara 2 di Sandakan, Sabah (13) dan Jalan Alam Jaya 2/7 di Kuala Selangor, Selangor (33).

“Kluster keagamaan, Jenderam di Sepang, Selangor (7) dan Kluster pendidikan tinggi, Jalan Yahya 3 di Titiwangsa, Kuala Lumpur (17), ” katanya.

Mengenai perkembangan berkaitan, Malaysia terus merekod peningkatan kes positif Covid-19 sebanyak 15,573 kes berbanding semalam 13,034 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 10,094 kes.

Katanya, sebanyak 144 kematian dicatatkan dengan 939 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 456 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 147,386 kes aktif.

“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 7,672 kes diikuti Kuala Lumpur (2,063); Kedah (937); Johor (722); Negeri Sembilan (682); Pulau Pinang (530), Sabah (516), Sarawak (461); Pahang (457); Melaka (452); Perak (415); Kelantan (372); Terengganu (229).

“Dua wilayah pula merekodkan kes dua angka iaitu Putrajaya (41) dan Labuan (21) manakala Perlis hanya tiga kes,” katanya.

Mengulas mengenai 144 kematian, beliau berkata, Selangor kekal menjadi negeri penyumbang terbanyak iaitu melibatkan 66 kes, 16 kes di Kuala Lumpur, 15 kes di Johor, 13 kes di Melaka, 10 kes di Negeri Sembilan, lapan kes di Pahang, enam kes di Kedah, tiga kes di Sarawak, masing-masing dua kes di Perak dan Pulau Pinang, serta masing-masing satu kes di Sabah, Terengganu dan Labuan.

“Kematian melibatkan 84 lelaki dan 60 wanita dengan 12 warga asing, lapan kematian di rumah dan 119 pesakit mempunyai lata belakang penyakit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya