'Kita tak simpan, sorok, manipulasi kes harian Covid-19' - Utusan Malaysia

‘Kita tak simpan, sorok, manipulasi kes harian Covid-19’

SAIFUDDIN Abdullah dalam satu pertemuan bersama media secara maya selepas melancarkan Program e-Tuisyen Parlimen Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Statistik bilangan kes positif Covid-19 yang dilaporkan setiap hari tidak dimanipulasi kerajaan sebaliknya menunjukkan ia bersifat lebih terbuka.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkongsian tentang bilangan, pecahan dan kategori yang dilaporkan setiap hari itu dibuat bagi membolehkan rakyat mengetahui situasi sebenar wabak bagi seluruh negara.

“Kerajaan tidak simpan dan sorok, kalau rakyat perhatikan dan lihat semua mengenai kes Covid-19 didedahkan kepada umum. Kita yakin sistem kesihatan di negara ini masih mampu menangani kes Covid-19 buat masa ini.

“Kalau kita lihat sudah banyak negeri dapat beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), ini membuktikan kemampuan hospital di negeri-negeri berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar secara maya selepas melancarkan Program e-Tuisyen Indera Mahkota di sini hari ini.

Saifuddin berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan peningkatan bilangan kes positif wabak berkenaan kerana Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sedang giat dijalankan sebagai usaha mengurangkan risiko jangkitan di negara ini.

“Kalau kita lihat, proses pemberian vaksin berjalan lancar setakat ini dengan lebih 400,000 suntikan vaksinasi diberikan untuk tempoh beberapa hari ini.

“Melihat kepada laporan media luar negara juga ada menyebut, proses vaksinasi Malaysia adalah antara terpantas di dunia sebaris dengan negara maju yang lain,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan agar tidak ada individu atau mana-mana pihak menularkan video atau gambar berkaitan masalah Covid-19 dan perihal vaksinasi yang belum terbukti kesahihannya.

“Kalau hendak tular dengan menyebarkan kebaikan itu tidak menjadi masalah, tapi jika sebaliknya, hentikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya