Kisah sedih, pilu pesakit ketika menunggu di CAC di Stadium Malawati

Kisah sedih, pilu pesakit ketika menunggu di CAC di Stadium Malawati

KIRA-KIRA 2,500 pesakit tiba setakat pukul 10.00 pagi dan jumlahnya meningkat pada tengah hari dan petang untuk mendapatkan penilaian jangkitan Covid-19 di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam. - FOTO/MOHAMAD ATHIR ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kebimbangan terhadap jangkitan wabak pandemik di Selangor dapat dilihat menerusi jumlah kunjungan pesakit di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Malawati di sini apabila lebih 2,500 orang positif semalam hadir bagi menentukan lokasi kuarantin dan rawatan.

Walaupun pusat penilaian itu dibuka pada pukul 9 pagi, namun pesakit didapati sudah pun menunggu di bawah khemah ketibaan sejak pukul 5.30 pagi lagi untuk mengelak terperangkap dalam kesesakan pengunjung.

Daripada jumlah tersebut, kira-kira 2,500 pesakit diterima setakat pukul 10 pagi sementara lebih 1,800 daripada angka itu merupakan pesakit adalah yang dipanggil oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sementara selebihnya adalah datang secara walk-in.

Walaupun, CAC di sini hanyalah untuk penduduk di daerah Petaling, namun disebabkan ia yang terbesar di Selangor, justeru ada pesakit datang dari daerah lain seperti Kuala Langat, Klang dan sebagainya.

Dalam tinjauan Utusan Malaysia semalam, pelbagai keadaan pesakit tiba di CAC termasuklah bayi, kanak-kanak dan warga emas, malah ada antara mereka tiba-tiba krtikal ketika sedang beratur menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.

Pesakit yang baharu tiba perlu beratur dahulu di bahagian luar kawasan berhampiran tempat letak kereta dan jalan besar untuk menunggu giliran dan mereka perlu berdiri hampir sejam sebelum secara beransur-ansur bergerak menuju ke khemah.

Keadaan fasiliti di sini seperti kerusi dan khemah bukanlah tidak mencukupi, sebaliknya jumlah pesakit yang ramai sejak tiga minggu lalu menyebabkan sebahagian besar pesakit terpaksa berdiri lama di bawah pokok sebelum mendapat tempat duduk.

Justeru, ketika pemerhatian pemberita, dalam situasi itu kelihatan beberapa pesakit yang terpaksa diberi bantuan seperti kerusi roda kerana sesak nafas, atau rebah dan pengsan, dengan pantas diusung petugas ke ruang kecemasan untuk mendapatkan rawatan.

Malah ketika petugas dan sukarelawan yang berkongsikan pengalaman mereka memberitahu, hampir setiap hari dari pagi hingga ke petang ada pesakit yang tiba secara kritikal dan memerlukan bantuan.

Lebih teruk, pernah terjadi petugas dan pesakit mengalami kemalangan kecil apabila kerusi roda yang ditolak tergelincir menyebabkan petugas terjatuh sementara pesakit pula tercampak.

Terdapat juga pesakit yang kurang kesedaran apabila tiba di CAC dalam keadaan sakit, sesak nafas dan memerlukan bantuan sedangkan mereka sepatutnya pergi ke hospital segera untuk mengelak keadaan menjadi lebih teruk.

Situasi di Stadium Shah Alam amat merisaukan, dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai dan sebahagiannya memerlukan bantuan sehingga menyebabkan petugas kepenatan, malah pemberita difahamkan, setiap hari tidak semua anggota daripada pelbagai agensi hadir berikutan ada yang tidak sihat dan positif Covid-19.

Selain itu, petugas di sini juga berkongsi pengalaman mereka terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk memastikan pesakit yang datang diberikan layanan dan rawatan sewajarnya kerana ini mungkin lokasi terakhir mereka bertemu keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya