Kilang-kilang di Selangor dan KL dalam kawasan yang dikenakan PKPD ditutup -

Kilang-kilang di Selangor dan KL dalam kawasan yang dikenakan PKPD ditutup

SEORANG kanak-kanak sedang meninjau dari tingkap rumahnya yang terletak di Taman Bukit Angkasa , Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini ketika tinjauan di kawasan tersebut. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PETALING JAYA: Semua kilang di Selangor dan Kuala Lumpur yang terletak dalam kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 3 Julai ini tidak dibenarkan beroperasi.
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakb berkata, walaupun ekonomi negara penting, namun  nyawa dan keselamatan rakyat harus diutamakan.
“Kerana itu hari ini saya umumkan PKPD di sebahagian mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di WPKL.
“Dengan PKPD tersebut aktiviti ekonomi tidak dibenarkan termasuk penutupan kilang-kilang.
“Saya berdoa kepada Allah SWT agar kita dapat menurunkan kadar jangkitan ini dengan segera demi rakyat dan negara kita yang tercinta,” katanya dalam hantaran di Facebook. – UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya