Khutbah Arafah diterjemah ke dalam 10 bahasa termasuk bahasa Melayu - Utusan Malaysia

Khutbah Arafah diterjemah ke dalam 10 bahasa termasuk bahasa Melayu

KHUTBAH Hari Arafah akan diterjemahkan ke dalam 10 bahasa termasuk bahasa Melayu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Khutbah Hari Arafah esok yang disiarkan secara langsung melalui portal Manaratalharamain akan diterjemahkan kepada 10 bahasa termasuk bahasa Melayu.

Menurut portal berkenaan, khutbah akan disampaikan oleh Syaikh Dr. Bandar Abdul Aziz Balilah dari Masjid Namirah.

Selain bahasa Melayu, khutbah itu juga diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Perancis, Urdu, Parsi, Rusia, Benggali, Cina, Turki dan Hausa.

Menurut kenyataan Projek Terjemahan Khutbah Arafah, Dewan Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci telah diamanahkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud bagi melaksanakan projek berkenaan,

Hari Arafah, hari di mana para jemaah haji berkumpul untuk berdoa dan bertaqarrub kepada Allah.

“Meskipun budaya berbeza dan bahasa mereka beragam, mereka sama-sama mendengarkan khutbah yang sama, khutbah Hari Arafah.

“Sebagai bentuk kesungguhan daripada Kerajaan Arab Saudi dalam rangka menyampaikan khutbah kepada kaum muslimin di seantero penjuru dunia, Dewan Pimpinan Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci membawakan siaran langsung khutbah Hari Arafah dengan diterjemahkan kepada 10 bahasa,” jelas portal berkenaan.

Khutbah Arafah dijadualkan pada pukul 12.30 tengah hari (waktu Mekah) atau 5.30 petang waktu Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya