PUTRAJAYA: Malaysia terus merekod kes positif Covid-19 melebihi 12,000 iaitu 12,541 kes sekali gus mengatasi kes sembuh iaitu 6,745 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 115 kematian dicatatkan dengan 896 kes di unit rawatan rapi (ICU) selain 459 kes memerlukan bantuan pernafasan dan 114,053 kes aktif.
“Selangor terus menjadi penyumbang terbesar apabila merekodkan sebanyak 5,512 kes diikuti Negeri Sembilan (1,619), Kuala Lumpur (1,542), Johor (609), Melaka (575), Kedah (458), Sarawak (423), Pahang (382), Pulau Pinang (376), Sabah (326), Perak (299) dan Kelantan (225).
“Terengganu pula merekodkan kes di bawah 200 iaitu 102 kes.
“Dua wilayah merekodkan kes dua angka iaitu Labuan (24) dan Putrajaya (62) manakala Perlis hanya tujuh kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.