Kerani syarikat pembersihan maut nahas dua kenderaan di Rembau - Utusan Malaysia

Kerani syarikat pembersihan maut nahas dua kenderaan di Rembau

KEADAAN kemalangan yang mengorbankan nyawa seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Kilometer 19, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran persimpangan Sepri, Rembau petang tadi. - IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam nahas dengan sebuah kereta di Kilometer 19, Jalan Seremban-Tampin, berhampiran persimpangan Sepri, dekat sini, kira-kira pukul 1.20 petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Mohd. Shahrunizam Che Harun, 38, yang bekerja sebagai kerani syarikat pembersihan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Rembau, Pemangku Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, kemalangan berkenaan membabitkan motosikal jenis Benelli yang ditunggangi mangsa dan kereta jenis Nissan Almera yang dipandu seorang wanita berusia 40-an.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu kereta dari arah Rembau sedang menghala ke Seremban. Semasa membelok ke kanan menghala ke Sepri, pemandu berkenaan telah masuk laluan penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran.

“Mangsa tercampak ke bahu jalan sebelah kanan dan disahkan maut di tempat kejadian. Pemandu kenderaan pula menerima rawatan sebagai pesakit luar zon hijau Hospital Rembau selepas sakit di bahagian dada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hazri berkata, mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Rembau untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya