Kerajaan gagal? Zahid yang sebenarnya gagal - Wan Saiful - Utusan Malaysia

Kerajaan gagal? Zahid yang sebenarnya gagal – Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menolak tuduhan Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan telah gagal memenuhi aspirasi rakyat. 

Beliau menganggap, tuduhan-tuduhan Ahmad Zahid hanya sekadar ulang suara tohmahan yang sering disebut oleh pembangkang, terutama PKR dan DAP.

“Pelbagai bentuk bantuan telah dikeluarkan oleh kerajaan dalam rangka membela nasib rakyat dan membina semula ekonomi negara, dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500 bilion setakat ini. 

“Tidak pernah ada pakej bantuan yang lebih tinggi daripada apa yang dikeluarkan oleh kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, baik dari segi menjaga kebajikan rakyat mahupun memberi suntikan kepada pembinaan semula ekonomi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Malah, Wan Saiful menyifatkan Pelan Pemulihan Negara telah menggariskan strategi yang jelas bagi membawa negara keluar daripada belenggu wabak Covid-19.

“Vaksinasi menjadi senjata utama kita, dan pada penghujung Julai bekalan vaksin yang kita terima akan meningkat ke 16 juta dos. Pemberian vaksin harian juta telah meningkat kepada lebih 300,00 dos sehari.

“Dari segi menjaga kebajikan rakyat, menjaga kesihatan rakyat, dan membina semula ekonomi, kerajaan sedang menuju ke arah kejayaan. Tidak ada sebarang ugutan atau tekanan yang boleh menutup hakikat sebenar bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin  sentiasa memberi keutamaan kepada agenda rakyat,” katanya.

Justeru, beliau berpandangan bahawa Ahmad Zahid sendiri yang sebenarnya telah gagal untuk menjaga perpaduan dan kebersamaan di kalangan parti-parti politik Melayu-Islam.

“Beliau gagal memahami bahawa rakyat menuntut sebuah kerajaan yang prihatin dan mendahulukan keperluan rakyat, gagal memahami bahawa rakyat semakin muak dengan politik berlebihan.

“Beliau juga gagal memanfaatkan sebegitu ramai tokoh UMNO yang berada dalam kerajaan untuk kita semua bersama-sama memberi tumpuan berkhidmat untuk rakyat, dan gagal meletakkan agenda rakyat lebih tinggi daripada agenda peribadi,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya