Kenapa dengki sangat? - Utusan Malaysia

Kenapa dengki sangat?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penyakit dengki ini bukan wujud dalam industri seni sahaja, mana-mana pun ada. Tak kira siapa pun kita, pasti ada sahaja mata-mata yang kurang senang melihat. Baik salah, jahat apatah lagi kan.

Cakap pasal dengki ini, teringat pula Poklip dakwaan yang disampaikan seorang pelakon ini. Ceritanya, dia kesal dengan sikap seorang rakannya yang suka sangat menyebarkan cerita bukan-bukan.

Pendek kata, depan nampak baik makan bersuap-suap tetapi belakang, mengata! Eh, panas hati pula Poklip bila tahu perangai si polan yang juga seorang pelakon itu begitu rupanya.

Jadi ‘kesopanan dan kesusilaan’ yang ditayang dalam media sosial itu, propa semata-mata ke? Ada juga ya manusia yang berperangai begitu. Suka tikam belakang kawan rapat sendiri pula itu.

Dakwa pelakon A tadi, pelakon B suka bercerita kepada pemain industri khususnya pengarah dan produser kononnya si A tadi berperangai buruk. Suka mengata dan bawa cerita daripada set, dakwa si B.

Kecil hati si A bila dengar khabar, si B membawa cerita tidak elok tentang dia. Nasib daripada 10 yang dengar, seorang pun tidak percaya. Sebab si A ini memang baik dan tidak kacau orang.

Buat si B, henti-hentikanlah dengki dengan orang. Jangan tunjuk sangat sikap tidak puas hati itu. Rezeki masing-masing kan. Akhirnya, yang buruk nama adalah awak. Sekarang semua produser takut nak bekerja dengan awak.

Kenapa? Senang jawapannya. Takut nanti awak cari pasal pula dengan pelakon lain. Yang jahat semua orang lain. Awak sahajalah yang tidak berdosa, sempurna serba serbi. Eh, lambat lagi!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya