Kempen bendera putih tanda kerajaan PN gagal, dakwa Aziz Kaprawi - Utusan Malaysia

Kempen bendera putih tanda kerajaan PN gagal, dakwa Aziz Kaprawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen kibar bendera putih menjadi penanda aras kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat, kata bekas  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, kempen tersebut juga menunjukkan  Muhyiddin serta barisan Kabinetnya seolah-olah terputus hubungan dengan rakyat sehingga perutusan demi perutusan bantuan kerajaan tidak sampai kepada golongan terjejas.

Katanya, lebih memilukan, terdapat ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  turut menyokong kempen itu sedangkan mereka dipilih rakyat dan perlu bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka.

“Malah, terdapat juga seorang menteri yang terkenal dengan harta dan kekayaan menyokong kempen ini walhal sepatutnya beliau yang perlu turun padang dan memberi bantuan itu.

“Tidakkah beliau sepatutnya malu sekiranya terdapat walau satu bendera putih dipacakkan kerana ia bermaksud menteri tersebut  gagal mengurus kebajikan rakyat di kawasannya? Maka benarlah dakwaan para netizen bahawa ketika ini kerajaan tidak lagi mampu menjaga rakyat, sebaliknya rakyat yang perlu menjaga rakyat,” katanya menerusi status Facebooknya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya