Kemasnya liang lahad hasil kerja tangan pemuda ini - Utusan Malaysia

Kemasnya liang lahad hasil kerja tangan pemuda ini

Gambar dari facebook MrBoyb Nordin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkongsian pemilik akaun MrBoyb Nordin di grup Facebook Tukang Apa Hari Ini pasti menginsafkan.

Namun di sebalik rasa insaf itu ramai yang kagum dengan hasil kerja tangannya dalam menyediakan ‘kediaman’ terakhir untuk insan yang pergi buat selama-lamanya.

Dalam hantarannya ke grup FB itu, MrBoyb Nordin berkata dia tidak pandai menukang tetapi tahu untuk mengali kubur.

“Assalamualaikum.. Alhamdulillah job hari ni overtime sampai malam… Saya tak pandai tukang rumah… saya cuma pandai tukang ni je.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat di tempatkan bersama orang yang beriman. Al fatihah… Salam kenal dari Geng Lahad 7 Kampung Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor,” tulisnya.

Hantarannya itu setakat ini berita ini disiarkan telah mendapat 14,000 tanda suka dan 715 perkongsian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya