Kemarau kemenangan Selangor berpanjangan - Utusan Malaysia

Kemarau kemenangan Selangor berpanjangan

PEMAIN JDT, Arif Aiman (kiri), mengasak pemain Selangor, Syahmi Safari pada perlawanan Liga Super di Stadium MBPJ, hari ini.- UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemarau Selangor untuk mencatat kemenangan pertama sejak 2 Mei lalu terus berpanjangan selepas tewas 1-3 kepada Johor Darul Ta’zim dalam saingan Liga Super, sebentar tadi.

Saingan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu menyaksikan Bergson da Silva sempat meletakkan skuad Harimau Selatan di depan sebelum waktu rehat apabila menanduk masuk pada masa kecederaan babak pertama.

Selangor, yang dibimbing Karsten Neitzel kemudian menyamakan kedudukan 17 minit selepas waktu rehat, namun pertahanan JDT, Matthew Davies meletakkan semula pasukan pelawat di depan, 17 minit berselang.

Beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan, pemain sayap JDT, Mohamadou Sumareh sempat menjaringkan gol, sekali gus mengukuhkan cengkaman Harimau Selatan di tangga teratas Liga Super menerusi 36 mata.

Kali terakhir selangor mencatat kemenangan di Liga Super pada 2 Mei lalu selepas menundukkan Petaling Jaya City 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Red Giants, yang kini menduduki tangga kelima dengan 20 mata, seterusnya bakal berdepan Penang FC, manakala JDT menentang Perak, masing-masing pada Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya