BRASILIA: Penjaga gol berpengalaman, David Ospina muncul wira Colombia ketika menyingkirkan Uruguay menerusi penentuan sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir Copa America sebentar tadi.
Ospina menyelamatkan dua sepakan dalam penampilan ke-112 buat Colombia, mengatasi rekod kebangsaan sebelumnya yang dipegang bersama bintang ikonik, Carlos Valderrama.
Perlawanan berakhir tanpa jaringan selepas tamat waktu permainan sebenar memaksa suku akhir itu ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
Ospina menyelamatkan cubaan Jose Gimenez dan Matias Vina, manakala Colombia menjaringkan semua empat penalti mereka.
Ia kekecewaan besar buat bintang Uruguay, Edinson Cavani dan Luis Suarez, yang masing-masing menyempurnakan penalti pada Copa terakhir mereka. – AFP