Kedai komputer, telekomunikasi, buku, alat tulis dibenar operasi - Utusan Malaysia

Kedai komputer, telekomunikasi, buku, alat tulis dibenar operasi

NILAI jualan sektor pembuatan Malaysia bertambah baik pada April 2022, terutama industri pembuatan komputer. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu dipersetujui dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) setelah mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar dan memastikan guru serta pelajar dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) tanpa gangguan.

“Selain itu, sidang khas juga bersetuju untuk membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan syarat mendapat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional.

“Pandemik Covid-19 ini mengubah cara pembelajaran harian, dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem PdPR secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN