Kebun Musang King Raub: Syor tunggu durian gugur sebelum tebang pokok - Utusan Malaysia

Kebun Musang King Raub: Syor tunggu durian gugur sebelum tebang pokok

CHE Abdullah Mat Nawi (dua kiri) diberikan taklimat mengenai jelapang padi Seberang Perak ketika melawat kawasan itu di Pasir Salak, Perak, hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Kerajaan akan mempertimbang beberapa cadangan dalam isu kebun haram durian Musang King di Raub, Pahang termasuk menunggu sehingga buah durian di kawasan itu gugur terlebih dahulu sebelum pokoknya ditebang.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata,  ia adalah cadangan yang baik dan akan dipertimbang.

“Kita akan lihat kerana biasanya jika hasil sedang keluar, kita akan keluarkan hasilnya dahulu,” katanya kepada pemberita selepas melawat Jelapang Padi Seberang Perak di sini hari ini.

Che Abdullah berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan isu itu akan menjejaskan pasaran durian Musang King.

“Macam padi juga, apabila pengeluarannya terjejas sudah tentu volum eksport dan pasaran tempatan terjejas,” katanya.

Beliau mengulas isu kebun haram durian Musang King di Raub.

Operasi memusnahkan kebun haram durian di kawasan itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan difahamkan kawasan berkenaan mempunyai pokok durian Musang King yang sudah mengeluarkan hasil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya