Keane berang Saka ambil penalti - Utusan Malaysia

Keane berang Saka ambil penalti

Bukayo Saka ditenangkan pemain lain selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti kelima buat England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Roy Keane membidas pemain England kerana membiarkan pemain muda seperti Bukayo Saka mengambil sepakan penalti kelima ketika tewas kepada Itali dalam aksi Euro 2020

Skuad Three Lions kalah 2-3 menerusi sepakan penentuan yang turut mencetuskan keadaan suram di Stadium Wembley.

Selepas perlawanan, Keane mengkritik pemain England kerana membiarkan Saka, 19, mengambil sepakan penting baut

kelima yang menjadi penentu keputusan perlawanan walaupun dia tidak pernah melakukannya bersama Arsenal.

Selepas perlawanan pengendali England, Gareth Southgate mengakui dia memilih pemain untuk mengambil sepakan penalti penting buat pasukan dan Marcus Rashford serta Jadon Sancho juga gagal.

Sepakan Rashford terkena tiang, manakala sepakan Sancho dan Saka berjaya diselamatkan pemain terbaik kejohanan, Gianluigi Donnarumma.

“Sekiranya Sterling atau Grealish berada di sana mereka tidak boleh membiarkan pemain muda (Saka) melakukan sepakan penalti, tidak boleh.

“Mereka memiliki lebih banyak pengalaman. Sterling sudah memenangi piala, mereka harus mengambil sepakan itu,” kata Keane.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya