Kanser buat Brendan 'berehat' sebentar - Utusan Malaysia

Kanser buat Brendan ‘berehat’ sebentar

BRENDAN Gan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Berita sedih buat pasukan Selangor dan negara apabila tonggak tengah, Brendan Gan disahkan menghidap kanser testis dan bakal diketepikan untuk tempoh yang panjang pada kancah Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bagaimanapun, ujian itu langsung tidak mematahkan semangat Brendan untuk meninggalkan bola sepak sebaliknya dia mahu terus berusaha untuk kembali berada di padang secepat mungkin.

Pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia itu, berkata selepas disahkan menghadapi kanser testis, pembedahan sudah dilakukan dan kini dalam proses menjalani pemulihan.

“Hidup saya sentiasa positif walaupun ada ketika agak kecewa dengan kritikan negatif tetapi saya sering menjadikan perkara tersebut sebagai motivasi untuk menguatkan karakter diri sendiri.

“Kini, saya berdepan ujian sekali lagi apabila disahkan mengalami kanser testis dan saya sudahpun melakukan pembedahan. Sekarang adalah fasa untuk saya menjalani proses pemulihan.

“Apa yang pasti, saya sangat bertuah apabila didampingi individu yang sentiasa memberi sokongan terutama keluarga, rakan-rakan terdekat dan komuniti bola sepak tempatan.

“Kanser tidak akan mematahkan semangat saya sebaliknya akan lebih bermotivasi dalam usaha kembali ke padang bola sepak memimpin pasukan Selangor secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di Instagram rasminya sebentar tadi.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemain berusia 33 tahun itu sekali gus menamatkan spekulasi ketiadaannya dalam skuad Gergasi Merah ketika seri 1-1 bertemu Kuala Lumpur City (KL City) pada aksi Liga Super minggu lalu.

Pada aksi tersebut, kesebelasan utama pasukan Selangor dengan ‘misteri’ memegang jersi No.88 milik Brendan ketika bergambar sebelum saingan dimulakan.

Sementara itu, Selangor FC mengesahkan perkara tersebut dan mengucapkan agar semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada pemain kelahiran Australia sepanjang tempoh pemulihannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya