Kane bawa England ke final selepas 55 tahun - Utusan Malaysia

Kane bawa England ke final selepas 55 tahun

HARRY Kane mencipta rekod baharu bersama England.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – England melakar sejarah tersendiri apabila melangkah ke final Euro 2020 buat kali pertama selepas menewaskan Denmark 2-1 di depan hampir 65,000 penyokong di Wembley, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan England mara buat kali pertama di pentas akhir  dalam  kejohanan utama sejak melakukannya pada Piala Dunia 1966.

Jaringan kapten England, Harry Kane pada masa tambahan memastikan Three Lions akan membuat perhitungan dengan Itali pada aksi final yang dijadualkan berlangsung 12 Julai ini.

Sebaik wisel permulaan dibunyikan, England tidak menunggu lama apabila terus melancarkan serangan dan sering mengancam benteng pertahanan Denmark menerusi gandingan Raheem Sterling dan Luke Shaw di bahagian kiri.

Pada 15 minit pertama permainan, skuad kendalian Gareth Southgate itu beberapa kali melakukan percubaan ke pintu gol Denmark namun gagal mengatasi penjaga gol lawan, Kasper Schmeichel.

Bagaimanapun, England yang beraksi di hadapan penyokong sendiri terlebih dahulu ketinggalan pada minit ke-30 selepas sepakan percuma daripada Mikkel Damsgaard berjaya menewaskan penjaga gol, Jordan Pickford.

Tersentak dengan jaringan itu, skuad Three Lions kembali mengatur gerakan serangan untuk mencari gol penyamaan dan usaha itu berhasil menerusi jaringan sendiri Simon Kjaer pada minit ke-39.

Bersambung babak kedua, tempo permainan dilihat sedikit kendur apabila England dan Denmark masing-masing menampilkan corak permainan lebih berhati-hati.

Biarpun kedua-dua pasukan mempunyai peluang namun gagal menterjemahkan dalam bentuk jaringan menyaksikan keputusan 1-1 kekal hingga tamat 90 minit sekali gus memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

England yang mendapat sokongan padu penyokong setia melancarkan serangan bertali arus ke arah pintu gol Denmark menerusi Kane, Sterling dan Jack Grealish.

Minit ke-104, stadium Wembley kembali bergema dengan sorakan apabila Kane memanfaatkan peluang kedua dengan merembat masuk bola muntah selepas sepakan penaltinya diselamatkan Schmiechel. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya