‘Kami terikut-ikut rentak mereka’ - Utusan Malaysia

‘Kami terikut-ikut rentak mereka’

SOH WOOI YIK (kanan) bergandingan dengan Aaron Chia tewas kepada beregu lelaki Indonesia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam saingan kumpulan D, Sukan Olimpik 2020 di Musashino Forest Sports Plaza, Tokyo, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengakui sangat terkilan apabila tewas sekali lagi kepada pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan dalam saingan kumpulan D, semalam.

Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu pasangan negara gagal menyaingi ketenangan serta ketangkasan ‘The Daddies’ terutama ketika melakukan serangan dan terpaksa akur dengan kekalahan 16-21, 19-21.

Pasangan Indonesia yang juga bekas juara dunia tiga kali banyak melakukan tolakan mudah selain melakukan serangan pantas untuk memerangkap Aaron-Wooi Yik.

Wooi Yik mengakui, mereka terikut rentak permainan Mohamad Ahsan-Hendra sejak dari awal permainan dan ia menyukarkan mereka untuk mencari mata kerana kerap melakukan kesilapan.

“Memang kita ada bincang mengenai bagaimana untuk lawan mereka hari ini (semalam) tetapi apabila masuk ke gelanggang, Ahsan-Setiawan mula keluarkan permainan sebenar mereka.

“Saya akui kami terikut-ikut permainan mereka sepanjang perlawanan itu dan dari situlah pasukan lawan berjaya mengutip mata demi mata. Secara jujur, saya akui ia bukannya senang,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Pada masa sama, pemain berusia 24 tahun itu juga agak kecewa kerana kempunan untuk menambah rekod kemenangan ke atas jaguh Indonesia tersebut apabila hanya menang sekali dalam lapan pertemuan.

“Memang ada tidak puas hati kerana tidak dapat tewaskan mereka. Saya harap boleh tamatkan penantian itu, namun kami tidak boleh terlalu teruja kerana ia boleh beri masalah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya