LONDON: Harry Maguire yang mempamer aksi cemerlang untuk Three Lions sepanjang kejohanan Euro 2020 tetapi gagal membantu England untuk meraih kejuaraan.
England menjaringkan gol seawal minit kedua menerusi Luke Shaw sebelum The Azzurri mendominasi separuh masa kedua dan menyamakan kedudukan hasil jaringan Leonardo Bonucci.
Kedua-dua pasukan gagal menambah gol sehingga mata tambahan dan meskipun Jordan Pickford menafikan dua sepakan penalti Itali daripada Jorginho dan Andrea Belotti.
Bagaimanapun, Marcus Rashford, Bukayo Saka dan Jadon Sancho gagal menyempurnakan sepakan penalti sekaligus memberikan kemenangan kepada Itali.
“Kami sudah memberikan segala-galanya. Kami menguasai separuh masa pertama dan mereka mendominasi separuh masa kedua.
“Apabila kemenangan ini ditentukan menerusi penentuan penalti, ia agak mengecewakan dan ini bukanlah keputusan yang kami mahukan.
“Kami mahu memenangi trofi di tempat sendiri tetapi tidak bernasib baik,” kata bintang Manchester United itu.-AGENSI