'Kalau yang baru-baru nak jadi NGO bantu Palestin, bersama-samalah dengan NGO berpengalaman' - Utusan Malaysia

‘Kalau yang baru-baru nak jadi NGO bantu Palestin, bersama-samalah dengan NGO berpengalaman’

MUHAMMAD NADIR AL-NURI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaza Malaysia bukan sekadar mahu membantu rakyat Palestin dari segi keperluan asas namun turut mahu mencari penyelesaian kepada konflik yang berlaku di Palestin.

Dalam sesi townhall, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, pihaknya sentiasa wujudkan hitam putih untuk menguruskan organisasi itu dengan lebih profesional.

“Kita mahu mengurus NGO secara profesional seolah-olah kita menguruskan perniagaan sendiri dan sanggup untuk mengurus kerja dengan berkesan termasuk kerja lebih masa dan sentiasa mengutamakan penerima-penerima manfaat daripada NGO ini.

“Untuk NGO ini, kami bukan sekadar mahu berikan bantuan secara one-off tetapi kami juga berusaha untuk mencari solusi supaya konflik yang berlaku di bumi Gaza dapat diselesaikan,” jelasnya menerusi siaran langsung di laman Facebook.

Muhammad Nadir al-Nuri berkata, pendedahan yang dilakukannya melalui Sesi TownHall Cinta Gaza Malaysia secara langsung itu adalah untuk menunjukkan sumbangan Malaysia kepada rakyat Palestin.

Muhammad Nadir al-Nuri menasihati mana-mana NGO yang baru sahaja ingin berkecimpung menjadi NGO yang membantu Palestin untuk bersama-sama dengan NGO yang sudah berpengalaman dalam menguruskan isu bantuan kepada negara itu.

“Dalam hal ini, kita perlu dengar nasihat orang yang sudah berpengalaman. Kerja NGO ini adalah untuk akhirat kita. Kita bekerja dalam tempat yang berlaku konflik. Oleh itu kita mahu beri bantuan secara paling efektif.

“Kata ada NGO ada nak buka rumah anak yatim di bumi Gaza. Pertama sekali, kita perlu memahami penduduk setempat yang mana menubuhkan rumah anak yatim adalah satu tindakan yang amat sensitif walaupun terdapat hampir 20,000 anak yatim.

Terdahulu, pendakwah terkenal, Ebit Lew menafikan dakwaan Muhammad Nadir Al-Nuri yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza.

Sebaliknya beliau berkata, pasukannya memasuki Gaza dengan bantuan Kedutaan Malaysia di sana dengan dibantu syarikat pelancongan dengan caj jauh lebih murah dan mendapat maklumat untuk masuk ke Gaza satu-satunya melalui NGO Miles of Smiles dengan bayaran satu AS$10,000 atau hampir RM50,000.

Namun begitu Muhammad Nadir hari ini menjelaskan bahawa melalui Lucky Tours atau nama tidak rasminya Hala, jumlah keluar masuk Gaza yang perlu dibayar adalah sebanyak AS$2,500 bersamaan dengan RM10,566.

“Dalam banyak-banyak tempat, Gaza adalah tempat yang paling susah masuk. Syarikat yang boleh bawa masuk bantuan adalah Lucky Tours ataupun nama tidak rasminya adalah Hala. Kita nak bandingkan Hala adalah sebuah syarikat dan Miles of Smiles ini NGO.

“Miles of smiles adalah satu organisasi NGO yang mana duit bayaran AS$10,000 itu akan disumbangkan semula kepada rakyat Gaza, ia juga adalah satu bentuk deposit untuk menunjukkan komitmen untuk beri manfaat kepada rakyat Gaza,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya