KUALA LUMPUR: Pelakon, Harris Annuar berkongsi pengalaman menjadi sukarelawan menguruskan pesakit Covid-19 sementelah dia juga merupakan salah seorang bekas pesakit wabak tersebut.
Haris dalam pada yang sama turut mengakui merasa gerun, takut dan gementar untuk menguruskan pesakit Covid-19 namun dia tetap meneruskan misinya untuk membantu masyarakat.
“Suatu ketika dahulu saya pernah berada di tempat mereka. Perasaan uruskan pesakit positif Covid-19? Gerun, takut dan gementar. Semua ada.
“Tetapi kalau bukan kita, siapa lagi? Teruskan berjuang wahai petugas barisan hadapan. Awak semua harapan kami Terima kasih untuk pengalaman terindah ini. Semoga Malaysia kembali pulih seperti dahulu,” katanya.
Perkongsian Harris di Instagramnya itu turut mendapat pujian di atas keberanian dan pengalamannya itu.
Rata-rata komen positif diterima daripada peminat dan rakan artis. Tahniah Harris!