Kaka Azraf seimbangkan lakonan, nyanyian - Utusan Malaysia

Kaka Azraf seimbangkan lakonan, nyanyian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tiada siapa yang boleh menidakkan bakat yang ada terhadap figura besar ini yang kini dilihat semakin menonjol di pentas lakonan mahupun nyanyian tanah air.

Melihat perjalanan karier seni penyanyi, Kaka Azraf, usahanya selama ini semakin membuahkan hasil apabila produksi drama kini telah menyedari bakatnya sebagai pelakon. Pernah berlakon dalam beberapa naskhah tempatan, kaka menyifatkan dirinya kini lebih seronok apabila berlakon.

Perkara tersebut diakuinya apabila tampil membawa watak diva menerusi drama Diva Popular yang disiarkan di Awesome TV. Tidak dinafikan, penyampaian watak yang dibawanya itu sedikit pun tidak nampak kekok dan kayu.

Kongsi Kaka, minatnya terhadap dunia lakonan sejak kecil lagi tetapi dek kerana tiada peluang untuk menyerlahkan bakat yang ada sehinggalah berjaya memahat namanya dalam bidang nyanyian.

“Kaka memang minat berlakon. Sebenarnya dari kecil Kaka suka berlakon dan bernyanyi, tetapi dalam keluarga tiada yang dalam bidang lakonan, cuma hanya ada penyanyi sahaja.

“Masa kecil, di depan cermin Kaka memang suka menyanyi dan berlakon, memang minat berlakon ada dalam diri cuma tidak pernah diserlahkan sehinggalah apabila Kaka sudah menceburi dalam bidang nyanyian.

“Bila dapat peluang untuk masuk dalam industri seni, inilah masanya untuk mencuba perkara baharu yang Kaka rasa boleh buat. Jadi, bila tawaran itu dapat sikit demi sikit dengan dibantu pengurus yang telah banyak memberi nama Kaka kepada pihak produksi,” katanya.

Bagaimanapun, kaka tidak pernah merasakan dirinya sebagai pelakon lagi walaupun lebih tujuh naskhah tempatan yang sudah dilakonnya termasuk sebuah pementasan teater.

Malah, dia amat merendah diri serta masih banyak lagi perkara yang harus dipelajarinya dalam bidang lakonan ini kerana lebih mengutamakan kualiti dalam membawa sesebuah karakter.

“Saya masih perlu banyak lagi belajar mengenai lakonan, kerana tidak rasa sekarang ini Kaka sebagai pelakon lagi. Kaka banyak lagi kekurangan serta masih merendah diri dalam lakonan kerana belum asah betul-betul lagi.

“Oleh kerana itu, Kaka mengambil inisiatif untuk sertai kelas lakonan pelakon, Nabila Huda. Sebelum ini Kaka tidak pernah masuk mana-mana kelas lakonan. Jadi Abil buat Kaka sedar, begitu banyak lagi yang perlu perbaiki dari segi lakonan ini.

“Antaranya disiplin dan berdedikasi untuk membawa watak di depan kamera. Dia juga buat Kaka sedar apa itu tugas sebagai seorang pelakon. Mencari diri kita dalam kanvas seni ini tiada limit,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, dia tidak terus menerus mengambil watak yang diberi kerana dirinya tidak mahu mempunyai sifat tamak walaupun ramai peminat suka melihatnya di layar skrin.

“Kaka tak nak tamak, jadi buat mana yang termampu sahaja serta apabila orang melabel Kaka sebagai seorang pelakon, saya hanya merendah diri sahajalah,” katanya ringkas.

Nyanyian masih jiwa Kaka

Menyedari walaupun kini minat dalam bidang lakonan semakin membuak, tetapi kerjaya sebagai nyanyi tidak pernah padam dalam dirinya.

Menyifatkan nyanyian masih lagi jiwanya, penyanyi lagu Bukan Hal aku itu cuba untuk seimbangkan dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Bagaimanapun, dia turut menyedari dengan keadaan pandemik Covid-19 ini telah merencatkan pendapatan ramai penyanyi dek kerana tidak dibenarkan lagi membuat persembahan, dia tidak menolak sebarang kemungkinan selepas ini dirinya kerap ditampilkan dengan lakonan.

“Menyanyi itu masih lagi jiwa Kaka. Masih suka menyanyi tetapi saya perlu terima kenyataan yang sekarang ini dengan keadaan pandemik.

“Kita tahu seorang pendapatan seorang penyanyi melalui persembahan tetapi sekarang ini tidak dibenarkan lagi. Jadi, mungkin Kaka banyak berlakon selepas ini tetapi juga tidak pasti pada masa akan datang kerana kini sudah menjadi seorang ibu.

“Oleh hal demikian, Kaka perlu seimbangkan apan yang diceburi cuba ceburi sekarang ini. Tetapi nyanyi masih lagi nombor satu dalam jiwa kaka,” ujar penyanyi itu.

Di samping itu, sebagai seorang yang sudah berkeluarga, dia cuba sehabis baik dalam menguruskan masa terhadap tiga cabang tugasannya kini.

“Lakonan memerlukan banyak komitmen terutamanya dalam kehidupan peribadi ekoran mengambil masa yang lama untuk menghabis pengambaran bagi menjayakan sebuah naskhah.

“Kaka kini sudah berkeluarga, demikian itu saya cuba membahagikan masa dengan sebaiknya. Kaka akan lebihkan kepada muzik dan nyanyian, serta lakonan ini diambil bukan sesuatu yang berat,” katanya.

Suami lebih sokong nyanyian berbanding lakonan

Walaupun Kaka Azraf kini boleh dikatakan sudah popular dengan lakonan setelah dapat sokongan yang baik daripada peminat-peminatnya.

Namun, dia terpaksa juga akur dengan pendapat suami tercintanya, Adam Azriff, yang kurang bersetuju jikalau dia terlalu banyak dengan lakonan serta lebih suka dia sebagai seorang penyanyi.

“Suami Kaka sebenarnya kurang setuju jika banyak sangat berlakon. Malah, dia lebih suka Kaka dalam bidang nyanyian.

“Kaka juga tidak mahu membuat sesuatu itu kerana orang nak saya berlakon sebab dah popular. Kaka ingin membuat perkara itu sebaik boleh, tidak mahu tangkap muat sahaja,” konngsinya.

“Jika dapat berlakon satu drama sahaja pun dah okey, janji ada kualiti membawa watak tersebut. Sama macam lagu kaka, kaka keluarkan lagu pun setahun sekali sahaja kerana kaka pastikan lagu itu betul-betul dekat dengan jiwa kaka,” tuturnya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya