“Kak Long tengah susah, itu sumber rezeki buat masa ini” - Amelina - Utusan Malaysia

“Kak Long tengah susah, itu sumber rezeki buat masa ini” – Amelina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Amelina Amir, meluahkan rasa syukur kerana rezeki semakin bertambah sementelah perniagaan nasi minyaknya kini dilihat mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Di samping itu, dia juga memberitahu ada segelintir individu membeli nasi minyak tersebut bertujuan untuk bersedekah sekali gus menjadikan dia sebagai penyampai kepada amal jariah tersebut.

“Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki hari ini untuk Kak Long adalah ‘jentikan’ Allah ke hati anda semua untuk membeli Nasi Minyak Asyik Kak Long ini.

“Terima kasih pada yang membeli daripada Kak Long dan niat bersedekah dan menjadikan saya sebagai penyampai amanah kepada amal jariah anda.

“Dua pahala Allah ini dapat pertama memberi saya kerja untuk memasak dan sedekah dia ke anak-anak yatim ini,” katanya.

Menerusi entri Instagram, Amelina mengakui ekonominya agak terkesan ekoran penularan pandemic Covid-19 ini, namun dia memilih alternatif menjual nasi minyak tersebut sebagai sumber pendapatnnya kini.

“Pada awalnya dia nak sedekah sahaja wang kepada Kak Long, tetapi saya cakap tolong beri kerja untuk Kak Long masakkan. Kak Long lagi puas hati sebab itu pun dah kira pahala juga beri mereka, sebab saya tengah susah dan itu sumber rezeki buat masa ini.

“Namun, saya tetap mendoakan mereka termasuk yang membeli hari ini. Kak Long akan buat yang terbaik, seikhlas dengan kasih sayang,” coretnya di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya