‘Kak Long rasa sangat tenang’ - Amelina jual makanan tampung keperluan - Utusan Malaysia

‘Kak Long rasa sangat tenang’ – Amelina jual makanan tampung keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratu dangdut, Amelina meluahkan rasa syukur apabila perniagaan makanan yang diusahakannya telah membantu mengurang beban di kala musim pandemik ketika ini.

Amelina, 46, yang mesra dipanggil Kak Long ini menerusi perkongsian secara live di Instagram berkata, pendapatan yang diperolehi hasil perniagaan Nasi Ayam Panggang Amelina yang diusahakannya dimanfaatkan untuk menampung perbelanjaan harian.

“Alhamdulillah, perniagaan ini dapat menampung perbelanjaan bagi keperluan Kak Long yang kecil-kecil.

“Sejak dahulu, Kak Long dah biasa berkerja secara tidak makan gaji. Ada kerja ada gaji tiada kerja, tiada gaji.

“Syukur rezeki itu ada, Kak Long rasa sangat tenang,” katanya.

Dalam pada itu, empunya nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin ini berkata dia kini lebih bersederhana dalam berbelanja dan lebih mengutamakan keperluan hidup berbanding kemahuan diri.

“Kena bersederhana, bukan nak membeli belah sangat dah. Ada duit sedikit, kita simpan.

“Sekarang ini lebih utamakan keperluan. Jadi mana tidak penting itu tak perlu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Amelina turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar terus berusaha dan percaya kepada rezeki yang dikurniakan Allah SWT.

“Kak Long merasakan tak adil untuk kita mengamuk dengan keadaan sekarang kerana musibah ini berlaku serentak dan memberi kesan kepada semua orang. Jadi, semua orang berusahalah.

“Dahulu perasaan cuak itu memang wujud mengenangkan ada atau tidak orang nak membeli makanan Kak Long jual ini.

“Alhamdulillah rezeki itu memang Allah dah bagi, jadi kita pandai-pandailah. Kak Long tak ada lah nak mengeluh atau tak puas hati, sangat tenang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya