RIO DE JANEIRO: Penyerang Brazil, Gabriel Jesus terlepas aksi final Copa America menentang Argentina Ahad ini selepas digantung dua perlawanan oleh Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) keranan dilayangkan kad merah.
Bintang Manchester City itu dibuang padang selepas mengasari Eugenio Mena ketika Brazil menewaskan Chile pada aksi suku akhir Sabtu lalu.
Pemain berusia 24 tahun itu dilayang kad merah pada minit ke-48, hanya dua minit selepas Lucas Paqueta meletakkan Selecao di depan ketika menentang Chile.
Jesus turut didenda A$5,000 (RM20,791), menurut Conmebol.
Dua tahun lalu, Jesus menjaringkan satu gol dan mencipta bantuan jaringan ketika Brazil muncul juara dengan menewaskan Peru 3-1 tetapi dia turut dibuang padang susulan terjahan keras ke atas pemain lawan.
Dia satu-satunya pemain yang menerima kad merah dua kali ketika kendalian jurulatih Tite.-AGENSI