PUTRAJAYA: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 merekodkan tertinggi dalam tempoh sehari semalam iaitu 376,909 dos.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, seramai 222,927 menerima dos pertama, manakala 153,982 orang menerima dos kedua.
Secara kumulatifnya, kata beliau, seramai 10,413,270 dos sudah diberikan kepada penduduk negara ini yang berkelayakan menerima vaksin setakat ini.
“Daripada jumlah itu seramai 7,222,481 orang menerima dos pertama, manakala 3,190,789 orang juga terima dos kedua,” katanya dalam Twitter beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE