Jualan lemang tidak serancak dahulu - Utusan Malaysia

Jualan lemang tidak serancak dahulu

SALAH seorang pembantu di gerai Lemang Pokok Buluh, membakar Lemang Pokok Buluh di gerai di hadapan Masjid Ridhwaniah, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Tahun lalu jualan Lemang Pokok Buluh yang diusahakan Muhamad Kamal Abdullah, 39, di Teluk Kumbar di sini pernah mencecah 3,000 batang sehari.

Bagaimanapun, menurut Muhamad Kamal atau lebih dikenali sebagai Pak Su, pada tahun ini sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Jun lalu, jualan lemang di gerainya itu merosot lebih 30 peratus.

Pak Su yang berniaga lemang selama sembilan tahun berkata, walaupun Pulau Pinang kini berada di dalam fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN), jualan lemang tidak serancak dahulu walaupun menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha.

PENGUSAHA Lemang Pokok Buluh,Muhamad Kamal Abdullah (kiri) bersama seorang pelanggan di gerainya di hadapan Masjid Ridhwaniah, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

“Saya tetap bersyukur kerana tempahan lemang masih ada setiap hari walaupun tidak banyak seperti dahulu.

“Sekarang tempahan baru masuk untuk Hari Raya Aidiladha dan dalam sehari, saya terima tempahan kira-kira 100 batang lemang daripada pelanggan yang telah lama menjadi pelanggan setia kami,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, peralihan waktu perniagaan sebelum ini juga menjadi antara faktor mengapa pelanggan kurang membeli lemang pada waktu malam.

:Sebelum ini waktu operasi dihadkan pada pukul 8 malam, memang kami amat terasa kehilangan pelanggan.

“Selepas itu, operasi perniagaan dilanjutkan sehingga 10 malam, namun mungkin kerana orang ramai telah terbiasa tidak keluar malam, jumlah pelanggan tetap berkurangan,” katanya.

Pak Su berkata, permit perniagaan lemangnya yang bermula sebelum Hari Raya Aidilfitri pada April lalu akan tamat hujung bulan ini dan dia amat berharap waktu operasi perniagaan dapat dilanjutkan sehingga pukul 12 malam menjelang Hari Raya Aidiladha ini.

“Waktu perniagaan yang lebih panjang dapat membantu peniaga bermusim seperti saya untuk meningkatkan jualan bagi menampung kos operasi.

“Permit perniagaan saya juga bakal tamat hujung bulan ini, jadi saya amat berharap kerajaan dapat membenarkan operasi perniagaan dilanjutkan sehingga pukul 12 tengah malam untuk kemudahan peniaga dan pelanggan,” katanya.

Pak Su menambah, lemangnya yang dijual pada harga antara RM13 hingga RM25 (mengikut saiz dan jenis pulut) itu juga dijual secara dalam talian di Facebook Lemang Pokok Buluh dan boleh dihantar menerusi syarikat kurier kepada pelanggan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya