Dakwaan wajibkan murid jalani ujian kesihatan mental: JPN Selangor nafi -

Dakwaan wajibkan murid jalani ujian kesihatan mental: JPN Selangor nafi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Pendidikan Negeri Selangor nafi mengeluarkan arahan mewajibkan murid sekolah di negeri ini menjalani ujian penilaian kesihatan mental, seperti didakwa beberapa pihak.

Jabatan itu memaklumkan, ini kali pertama dia mendengar dakwaan terbabi yang mana pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang pekeliling berhubung perkara berkenaan.

“Dakwaan ini kali pertama saya dengar  dan langsung tidak betul. Harap jawapan saya ini dapat menafikan tanggapan berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia..

Terdahulu, tular mesej menerusi aplikasi diterima ibu bapa pelajar sebuah sekolah di negeri ini mempersoalkan keperluan anak-anak mereka menjalani ujian penilaian kesihatan mental seperti diarahkan pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan negeri.

Sebaliknya, pihak berkenaan menjelaskan sekolah hanya menjalankan ujian kecendurangan karier terhadap muridnya bagi melihat kerjaya yang bersesuaian. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya