Joey Jordison meninggal dunia - Utusan Malaysia

Joey Jordison meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bekas anggota kumpulan Slipknot, Joey Jordison meninggal dunia pada usia 46 tahun.

Lapor Eonline, khabar duka itu dikongsikan ahli keluarga terdekat menerusi satu kenyataan yang diterbitkan dalam portal tersebut.

“Dukacita dimaklumkan, pemuzik, pemain dram profilik dan artis, Joey Jordison meninggal dunia ketika tidur pada 26 Julai 2021. Beliau berusia 46 tahun.

“Pemergian Joey meninggalkan kesan dan kesedihan buat kami. Bagi yang mengenali Joey, akan memahami dirinya yang nakal, lembut, berjiwa besar
dan menyayangi keluarga serta muziknya,” jelas kenyataan tersebut.

Pada masa sama, keluarga terdekat pemuzik terkenal ini memohon agar media dan kenalan mendiang dapat memberikan sedikit ruang privasi buat mereka.

“Keluarga mendiang akan mengadakan upcara pengebumian secara tertutup. Diharapkan pihak media dan orang ramai menghormati permintaan mereka,” tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, Balai Polis Lowa mengesahkan kematian pemuzik tersebut tidak menunjukkan sebarang tanda mencurigakan.

Pihak berkuasa juga mengesahkan tiada dadah ditemukan berdekatan mayat sekaligus menolak andaian yang mengaitkan kematiannya dengan tindakan bunuh diri.

Siasatan untuk mengenal pasti punca kematian masih diteruskan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya