“Jika kerajaan dah beri peraturan macam itu, kita ikut rentak sahajalah” - Michael Ang - Utusan Malaysia

“Jika kerajaan dah beri peraturan macam itu, kita ikut rentak sahajalah” – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berhubung dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan bagi penggiat filem dan indsutri kreatif, telah memberi sinar kepada mereka untuk meneruskan pengambaran semula.

Bagaimanapun, ketika ditemubual Utusan Malaysia, pengarah terkenal tanah air, Michael Ang, berpendapat peraturan menerusi SOP yang dikeluarkan tersebut didakwa seperti tidak masuk akal sementelah di Malaysia tiada kemudahan yang lengkap seperti negara lain.

“Memandang semula SOP, kerajaan macam tidak mahu memberi kita buat pengambaran sahaja. Saya ada dua drama tertunda, jika kerajaan tetapkan peraturan radius satu kilometer tidak boleh ada orang awam, mana aku nak cari dalam Malaysia ini.

“Ingat negara ini ada studio seperti di Amerika Syarikat? Jadi, SOP yang ditetapkan itu macam tidak masuk akal. Lainlah jika Malaysia ada kemudahan studio seperti negara lain. Studio kita pun kebanyakan berada di atas rumah kedai.

“Bagaimana saya nak elakkan daripada orang ramai tiada di tempat itu dengan jarak satu kilometer? Mereka bagi teruskan pengambaran untuk sedapkan hati kita sahaja tetapi bila lihat semula SOP, memang tidak boleh meneruskan pengambaran,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, bagaimanapun dia harus akur dengan peraturan baharu yang dikeluarkan kerajaan itu serta mencari inisiatif lain untuk mencari kawasan yang tiada orang awam bagi menjalankan projek baharunya.

“Jadi buat masa ini, saya tidak mahu bersuara lebih, kita tunggu sahajalah sampai bilangan rakyat divaksin melepasi 80 peratus dan saya jalankan semula. Saya juga ada dua projek yang mengikut kehendak SOP kerajaan.

“Bila dibenarkan teruskan pengambaran, saya akan lakukan tetapi dengan projek baharu. Mungkin saya cari banglo di tengah hutan yang jauh daripada orang. Jika kerajaan dah beri peraturan macam itu, jadi kita perlu ikut rentak sahajalah,” ujarnya lanjut.

Terdahulu, berdasarkan SOP dikeluarkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), 22 Julai lalu, dilihat semakin diperketatkan untuk para penggiat seni meneruskan pengambaran ekoran kes harian Covid-19 semakin meningkat pada masa ini.

Sehubungan itu, antara SOP yang diperketatkan kerajaan adalah pengambaran di kawasan perumahan, penempatan serta perindustrian dilarang. Malah, set pengambaran perlu mempunyai jarak zon selamat minimum satu kilometer daripada kawasan penempatan terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya