PETALING JAYA: Pelakon berkaliber, Ozlynn Wati, memaklumkan ibunya telah kembali ke Rahmatullah, semalam.
Berita sedih itu dikongsinya menerusi Instagram, Ozlynn dengan rasa rendah hati meminta orang ramai yang mengenali arwah ibunya agar memaafkan salah silapnya dan jika ada terhutang, sila hubungi keluarga pelakon berkenaan.
“Kepada yang mengenali ibunda kami, Rozidah Jumari, dia telah pun kembali ke Rahmatullah. Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati dengan Allahyarham, harap diampunkan dosa-dosa ibunda kami.
“Jika ada berhutang dengan ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu sifat arwah ibu. Tetapi, jika ibunda kami ada terhutang pada kalian, sila hubungi kami,” katanya menerusi Instagram.
Di samping itu, meredai dengan pemergian ibu tercintanya, dia menitipkan doa semoga Allahyarham tempatkan di sisi hamba-hamba yang beriman.
“Ya Allah, kami reda atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah dia di sisi hambamu yang beriman. Terima kasih kepada semua yang tidak henti membuat panggilan dan mesej doakan ada yang tidak kenal pun.
“Selain itu, yang DM tidak henti doakan untuk ibunda kami, hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian,” ujarnya.