Jangkitan Covid-19 Indonesia 54,000 kes, 1,205 kematian - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 Indonesia 54,000 kes, 1,205 kematian

PETUGAS kesihatan mengalihkan mayat kes Covid-19 di Bandung. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mencatatkan 1,205 kematian akibat Covid-19, jumlah kematian harian tertinggi dengan kes positif baru terus meningkat melebihi 50,000 kes.

Memetik laporan Bernama, menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 71,397 orang.

Wilayah Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi iaitu sebanyak 345 orang, diikuti Jawa Tengah (255), Jawa Barat (137), Jakarta (132) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain.

Kes baru Covid-19 di Indonesia hari ini sebanyak 54,000 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,780,803 kes, dengan sebanyak 504,915 pesakit aktif (dirawat).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya