"Jangan rendahkan diri sangat" - Awie - Utusan Malaysia

“Jangan rendahkan diri sangat” – Awie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rock legenda, Datuk Awie tidak bersetuju dengan tindakan beberapa penyanyi nama besar lain yang menganjurkan konsert secara maya dengan bayaran sebagai sumbangan bermula hanya RM1.

Jelas Awie, dia bersimpati dengan nasib dan kesusahan rakan artis yang kini terjejas dek pandemik namun untuk meletakkan ‘harga’ serendah RM1 dilihat kurang bersesuaian dan menjatuhkan martabat diri sendiri.

“Saya tahu dan faham kepayahan mereka, tetapi jangan letak RM1. Nilai seseorang anak seni itu harus dijaga. Letaklah harga yang lebih tinggi. Saya kurang bersetuju bab harga rendah itu.

“Jangan kita buka peluang untuk mereka di luar sana memperlekeh nama kita yang akan dibawa sampai bila-bila. Bagi saya, RM1 tak sesuai untuk nama-nama besar yang satu ketika dahulu pernah mewarnai industri seni,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Awie, bukan konsert secara maya yang menjadi isu namun, harga yang diletakkan itu seolah-olah merendahkan diri penyanyi yang terlibat sekaligus boleh memberi tempias kepada artis lain.

“Nak buat konsert, silakan. Bagus idea itu untuk tambah pendapatan. Tetapi jangan merendahkan diri sendiri. Terkena tempias kepada yang lain. Hentikan bayaran RM1 itu.

“Lagipun mereka nama besar, kalau minta harga yang lebih tinggi dan berpatutan pun saya rasa peminat sanggup,” katanya.

Sementara itu, bercakap soal impak pandemik kepada dirinya, Awie mohon pihak kerajaan tidak tutup mata terhadap industri seni dan menghulurkan bantuan bagi mereka yang terkesan akibat tiada pekerjaan.

“Setakat ini saya dan keluarga boleh bertahan lagi tapi sampai bila kan? Duit pun makin meleper. Jadi tolonglah kami ya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya