‘Jangan harapkan kuliah konvensional, biasakan kebiasaan baharu’ - Utusan Malaysia

‘Jangan harapkan kuliah konvensional, biasakan kebiasaan baharu’

MOHAMMAD SHATAR SABRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Mereka yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi perlu beradaptasi dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) era pandemik Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, golongan itu perlu mengubah paradigma dan tidak mengharapkan kuliah konvensional dan operasi kampus seperti biasa.

Beliau berkata, kini mereka perlu biasakan diri dengan kebiasaan baharu terutama pengajian secara maya supaya lebih kompeten dan mempunyai ketahanan dalam menghadapi cabaran pembelajaran dalam era pandemik ini.

“Diharapkan pengalaman yang telah dilalui sejak Mac tahun lalu mampu untuk mematangkan mereka berdepan isu PdP dalam talian ini.

“Pastinya pengalaman setahun lebih ini sudah mampu untuk membantu kita membuat modifikasi sekiranya berlaku kekurangan supaya tidak berulang lagi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kemasukan ke universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma, serta Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Teknologi MARA (UiTM), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Mohammad Shatar berkata, beliau yakin dengan kemudahan di negara ini, penuntut yang baru menyertai warga kampus akan mampu untuk menunjukkan prestasi yang baik walaupun dalam kebiasaan baharu.

Katanya, prestasi itu sebaris dengan penuntut di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan yang sudah biasa dengan PdP secara dalam talian.

“Kita mahu mereka sentiasa bersiap sedia mental dan fizikal dalam menghadapi suasana ini supaya tidak terkejut dan masih mengharapkan pelaksanaan kaedah PdP konvensional seperti yang didengari mereka selama ini.

“Biarpun kita yakin Covid-19 akan beredar, sistem PdP hibrid akan terus dilaksanakan oleh kebanyakan IPT kerana ia lebih memudahkan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya