KUALA LUMPUR: Pelakon drama fenomena, Nur, Norkhiriah meluahkan rasa terkilan apabila ada segelintir pihak yang mendesaknya untuk memberikan bantuan akibat terjejas dek pandemik.
Dalam perkongsian di Instagramnya, Norkhiriah meminta agar semua pihak memahami kesukaran yang sedang dihadapi tidak kira siapa pun dan memohon agar tiada desakan daripada mana-mana pihak meminta bantuan.
“Kes naik lagi, okay baiklah. Ditambah pula dengan yang mendesak hantar pesanan di Instagram minta bantuan. Kamu orang fahamkan kita sekarang sama-sama berusaha, tertekan dengan apa yang jadi ini.
“Depan rumah kakak memang ada pokok tetapi daun itu tak boleh jadi duit dik. Sabarlah. Jangan desak-desak. Tolonglah. Nak duduk hutanlah macam ini,” katanya.
Dalam pada itu, Khiriah juga membuka ruang untuk mereka yang berniaga mempromosikan produk mereka di Instagramnya.
“Siapa mahu berniaga, promosilah produk anda di gambar (yang dimuat naik) ini. Bagitahu produk apa,” katanya.