Jada Pinkett Smith tampil berkepala botak - Utusan Malaysia

Jada Pinkett Smith tampil berkepala botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon antarabangsa Jada Pinkett Smith mengejutkan netizen apabila tampil berkepala botak menerusi satu gambar yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut Eonline, menerusi gambar swafoto yang dimuat naik di Instagram, Smith, 49, tampil selesa dengan imej berani itu disamping anaknya, Willow Smith, 20, yang turut menggayakan imej yang sama.

“Willow telah membuatkan saya melakukannya kerana sudah waktu untuk melepaskan (rambut) ini pergi. Tetapi, usia 50 saya akan lebih bersinar dengan penampilan ini,” tulisnya di IG.

Tentunya penampilan terbaharu pelakon The Nutty Professor itu mengundang pelbagai maklum balas netizen.

Itu termasuk rakan selebriti seperti ibu kepada Beyonce, Tina Lawson, 67, yang tidak melepaskan peluang menulis di ruangan komen.

“Indah. Wajah yang cantik dan mata yang indah itu lebih menyerlah,” tulisnya.

Smith merupakan antara selebriti Hollywood yang bertaraf ikon ekoran keberaniannya dalam berfesyen.

Namun imej terbaharu isteri pelakon Will Smith, 52, itu membuktikan dia mampu melakukan sesuatu yang lebih berani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya