Itali tidak benarkan Eriksen beraksi untuk Inter - Utusan Malaysia

Itali tidak benarkan Eriksen beraksi untuk Inter

Christian Eriksen tidak dibenarkan beraksi bersama Inter Milan selagi mana alat pendetak jantung yang dipakainya tidak dikeluarkan bagi membuktikan dia sihat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Christian Eriksen tidak akan dibenarkan bermain untuk Inter Milan melainkan dia mengeluarkan alat pendetak jantung yang dipasang semasa terkena serangan jantung ketika beraksi di Euro kata Persatuan Bola Sepak Itali.

Pemain berusia 29 tahun itu mengalami serangan jantung ketika berdepan Finland ketika bersama Denmark pada 12 Jun dan CPR diberikan di tepi padang bagi ‘menghidupkan’ Eriksen semula.

Dia disahkan terkena serangan jantung dan Eriksen kemudiannya dipasangkan alat pendetak jantung bagi memastikan jantungnya bergerak seperti biasa.

Eriksen beraksi bersama Inter dan Itali melarang mana-mana pemain di liga profesional serta amatur beraksi dengan sebarang masalah jantung.

Ahli Jawatankuasa Teknikal Saintifik Persatuan Bola Sepak Itali, Francesco Braconaro berkata, pemain Denmark itu perlu mengeluarkan alat itu sekiranya ingin bermain di liga Itali bagi membuktikan dia tiada masalah jantung.

“Christian Eriksen tidak dibenarkan bermain di Itali.

“Sekiranya alat pendetak jantung itu dikeluarkan, doktor mengesahkan dia sihat, maka dia boleh beraksi untuk Inter semula,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya