Itali pasukan serba lengkap dan konsisten - Verratti

Itali pasukan serba lengkap, konsisten – Verratti

PEMAIN Itali meraikan kemenangan selepas perlawanan bola sepak suku akhir UEFA EURO 2020 antara Belgium dan Itali di Allianz Arena di Munich pada 2 Julai 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Marco Verratti menyifatkan Itali sebagai sebuah pasukan yang konsisten selepas menewaskan Belgium dan sedia berdepan Sepanyol untuk aksi separuh akhir Euro 2020.

Keputusan 2-1 adalah hasil jaringan Nicolo Barella dan Lorenzo Insigne manakala Belgium meraih gol menerusi pe­nalti Romelu Lukaku.

Barella dan Insigne menja­ringkan gol pertama mereka di Munich dan membolehkan Itali melebarkan rekod kepada 32 kemenangan.

Belgium beraksi tanpa kelibat kapten Eden Hazard yang mengalami kecederaan.

“Kami bekerja keras untuk mencapai sasaran ini dan kami bertemu pasukan hebat yang dianggap sebagai pencabar kejuaraan kali ini.

“Kami bermain secara terbuka dan berdiri teguh dengan karakter tersendiri dan persembahan kami sangat luar biasa,” kata Verratti kepada RAI Sport.

Verratti menegaskan bahawa Itali memiliki identiti jelas di bawah kendalian Roberto Mancini dan ia memberi keyakinan kepada pasukan untuk beraksi.

“Kami ada cara tersendiri untuk beraksi dan terima kasih kepada jurulatih yang membentuk pasukan ini,” katanya.

Sementara itu, Mancini memuji aksi pasukannya selepas menang 2-1 ke atas Belgium dan menyatakan pasukannya layak untuk menang.

“Kami menderita untuk 10 minit terakhir sebab kepenatan. Mungkin kami akan menjaringkan lebih banyak gol dalam perlawanan ini,” katanya yang bersedia untuk bertemu Sepanyol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya