Itali hampiri trofi Euro selepas atasi Sepanyol - Utusan Malaysia

Itali hampiri trofi Euro selepas atasi Sepanyol

PEMAIN Itali dari kiri, Leonardo Bonucci, Andrea Belotti, Domenico Berardi, Matteo Pessina dan Rafael Toloi meraikan kejayaan mara ke pentas akhir Euro 2020 selepas mengatasi Sepanyol menerusi sepakan penalti penentuan di Stadium Wembley, London, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Itali tinggal sebelah kaki lagi untuk menamatkan penantian lebih 50 tahun bagi mengucup trofi Euro apabila mengatasi Sepanyol 4-2 menerusi sepakan penalti penentuan dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.

Skuad Azzurri, yang kali terakhir memenangi kejohanan Eropah itu pada 1968, terdahulu membuka jaringan menerusi serangan balas dengan tendangan kaki kanan Federico Chiesa menumpaskan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon, 16 minit selepas waktu rehat.

Begitupun pemain gantian La Roja, Alvaro Morata berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila mengikat kedudukan 1-1 pada minit ke-80 dalam saingan di Stadium Wembley, London itu.

Sepanyol, yang dibimbing Luis Enrique, dilihat berpeluang mara ke pentas akhir apabila sepakan pembukaan penalti penentuan oleh Manuel Locatelli dapat dinafikan Simon.

Bagaimanapun kegagalan Dani Olmo dan Morata menyempurnakan sepakan tersebut membolehkan kemenangan milik Azzurri menerusi keputusan 4-2, sekali gus memusnahkan harapan Sepanyol untuk mengulangi pencapaian terakhir mereka pada 2012 selaku juara.

PENJAGA gol Itali, Gianluigi Donnarumma berjaya membaca sepakan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata (kiri) dalam aksi separuh akhir Euro 2020 di Stadium Wembley, London, hari ini.- AFP

Kejayaan skuad kendalian Roberto Mancini itu membolehkan mereka melebarkan rekod 33 tanpa kalah sejak September 2018.

Itali menempah tiket ke final dengan menentang sama ada England atau Denmark, yang akan berlangsung di Stadium Wembley, esok (pukul 3 pagi waktu Malaysia).

Azzurri berjaya mara ke pentas akhir buat kali kesepuluh dalam kejohanan besar melibatkan Piala Dunia enam, manakala Euro empat.

Dalam kategori Eropah, hanya Jerman paling banyak melangkah ke final bagi kejohanan besar iaitu sebanyak 14 kali.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya