"Isu picagari kosong dan lupa tekan, bukan alasan…’ – Dr Che Hafiz - Utusan Malaysia

“Isu picagari kosong dan lupa tekan, bukan alasan…’ – Dr Che Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dr Che Hafiz tidak menafikan isu picagari kosong mengakibatkan ramai orang yang resah untuk menerima suntikan vaksin.

Jelas bekas suami pelakon, Lufyah, isu tersebut juga tidak boleh dijadikan alasan rakyat tidak mahu menerima suntikan lebih-lebih lagi hanya berdasarkan spekulasi yang bertebaran di media sosial.

“Memang tidak dinafikan ramai juga yang risau akan kes yang tular baru-baru ini berkenaan picagari kosong dan kes lupa tekan picagari.

“Tetapi jangan kita jadikan isu yang berlaku ini sebagai alasan untuk kita jadi makin takut mengambil vaksin dan terus menyokong golongan anti-vaksin serta spekulasi yang telah dibuat.

“Di hari Jumaat yang mulia ini sama-sama kita doakan semoga negara kita berjaya mencapai imuniti kelompok lebih awal dari yang telah dijadualkan,” katanya di Instagram.

Dalam perkongsian itu, Che Hafiz baru saja menyelesaikan tugas memberi suntikan vaksin Pfizer Biontech kepada sekumpulan kecil masyarakat dari kawasan Lembah Klang.

“Alhamdulillah…,” coretnya dengan memuat naik video menunjukkan sedang menyuntik penerima vaksin.

Menerusi video itu Che Hafiz terlebih dahulu menerangkan maklumat jenis vaksin dan menunjukkan isi padu dos yang betul sebelum memberi suntikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya