Isu makan durian di PPV, HSA beri kerjasama  - Utusan Malaysia

Isu makan durian di PPV, HSA beri kerjasama 

TANGKAP layar video yang tular berkaitan insiden sekumpulan individu menikmati buah durian di PPV Dewan Jubli Intan, Jalan Ayer Molek di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengurusan Hospital Sultanah Aminah (HSA) akan memberi kerjasama terhadap siasatan yang dijalankan polis berhubung video tular sekumpulan individu menikmati durian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Jubli Intan, Jalan Ayer Molek, di sini Ahad lalu.

Pengarahnya, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, pihaknya mengambil serius berhubung dakwaan beberapa individu kesihatan yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pengoperasian PPV di Dewan Jubli Intan  bermula pada 20 Jun lalu dan petugas di PPV sentiasa diingatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan keselamatan bagi menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak hospital.

“Antara perkara yang diingatkan kepada petugas di PPV adalah jauhi kawasan yang sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elakkan bersembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.

“Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan HSA akur dan akan memberi kerjasama dengan siasatan yang akan dijalankan oleh pihak polis berhubung perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Minggu lalu tular video berdurasi 26 saat yang memaparkan kira-kira 20 individu berkumpul di bahagian tepi dewan dipercayai PPV Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim untuk memakan durian.

Turut kelihatan beberapa petugas kesihatan termasuklah wanita berpakaian seragam jururawat dalam video yang tular itu. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya