"Irwan kangen ma..." - Irwansyah - Utusan Malaysia

“Irwan kangen ma…” – Irwansyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: “Irwan kangen (rindu) Ma,”.

Itu coret hati seorang pelakon terkenal, Irwansyah terhadap ibu tercinta yang sedang bertarung nyawa akibat jangkitan wabak Covid-19.

Pelakon filem Heart itu berharap ibunya diberi kesembuhan seperti sediakala.

“Kalau boleh jujur masih berharap sangat mama sembuh. Alhamdulillah Allah bantu. Saya hanya mampu berserah dengan doa kerana Allah yang memutuskan segalanya buat manusia, kita hanya mampu berusaha, tapi Allah yang berkehendak,” luahnya.

Dalam perkongsian sama, pelakon berusia 36 tahun itu berkongsi, ibu dan ayahnya bahagia kerana diberi kesempatan menghabiskan masa bersama anak-anak dan cucunya.

“Mama papa mahu sangat lihat anak saya, Alhamdulillah mereka melihatnya. Mereka mahu lihat anak-anaknya menjadi anak yang baik, Alhamdulillah menurut mereka kita baik, kalau mama sampai ke takdirnya Insya-Allah mereka berdua sudah tenang.

“Saya baru sedar betapa mereka bahagianya punya kita di waktu kita kecil, selepas kita besar mereka bahagia tapi mereka takut… takut apa? Takut anaknya tidak berhasil dan tidak beriman. Menurut mereka, kita sudah berhasil dan beriman, jadi tugas kita adalah menjaga pandangan mereka itu, Bismillah…” akhirinya.

Sebagai informasi, keadaan kesihatan ibu pelakon dan penyanyi itu, Herlianah kini dirawat di sebuah hospital dilaporkan sedang menurun.

Pada 8 Julai lalu, bapa Irwansyah, Umar Efendi menghembuskan nafas terakhir selepas disahkan dijangkiti Covid tiga hari sebelum itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya