IPD Sepang sumbang bantuan makanan - Utusan Malaysia

IPD Sepang sumbang bantuan makanan

ANGGOTA IPD Sepang menyerahkan bantuan kebajikan berbentuk makanan kepada penerima di Taman Bunga Raya, Sepang. - GAMBAR IHSAN IPD SEPANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Prihatin dengan golongan yang terjejas, polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang tampil menyampaikan bantuan kebajikan makanan kepada 14 pekerja sebuah kilang yang dikuarantin di Taman Bunga Raya di sini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, bantuan kebajikan berbentuk makanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita, yang merupakan kakak kepada salah seorang penerima.

“Wanita itu memaklumkan adiknya yang bekerja di sebuah kilang di Bandar Baru Salak Tinggi telah kehabisan bekalan makanan ketika dikuarantin di sebuah rumah di Taman Bunga Raya, Sepang.

“Turut tinggal bersama adik pengadu ialah 13 orang lagi rakannya yang juga pekerja kilang sama dan dikuarantin di rumah tersebut,” katanya menerusi kenyataan di Facebook IPD Sepang di sini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut, polis mengambil tindakan susulan dengan mengarahkan supaya bantuan makanan dihantar ke rumah tersebut segera.

“Sehubungan itu, lebih kurang pukul 9.15 malam semalam anggota tugas unit kereta peronda polis (MPV) IPD Sepang sampai ke premis tersebut dan menyerahkan 16 bungkus nasi berlauk kepada penghuni rumah,” katanya.

Jelas Wan Kamarul Azran, ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang dilakukan pihaknya dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya