Ingatkan ranting pokok, tedung selar rupanya - Utusan Malaysia

Ingatkan ranting pokok, tedung selar rupanya

ANGGOTA bomba menangkap ular tedung selar sepanjang sembilan kaki yang ditemukan di sebuah kebun di Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Seorang pemilik kebun di Jalan Bestari 20/4, Taman Nusa, di sini dikejutkan dengan penemuan seekor ular sepanjang sembilan kaki ketika sedang membersihkan kebunnya, semalam.

Pekebun berkenaan pada mulanya menyangkakan ia adalah ranting pokok ketika mahu membakar timbunan kayu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 7.11 malam.

Menurut beliau, seramai tujuh anggota beserta sebuah jentera ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba dimaklumkan pemilik kebun berkenaan sedang berkemas di kebun miliknya yang terletak kira-kira 400 meter dari kediaman.

“Tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar yang berada di bawah timbunan kayu yang dilonggokkan untuk dibakar,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Ujar Mohamad Anuar, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menangkap ular berkenaan yang bertindak agresif dengan menggunakan satu unit penjerut.

“Selepas ditangkap, ular berkenaan dilepaskan di kawasan yang jauh daripada penempatan penduduk,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya