JAKARTA: Selepas Singapura, Filipina menjadi negara kedua di rantau Asia Tenggara menutup kemasukan rakyat Indonesia ke negara itu.
Detik melaporkan, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, ini susulan lonjakan kes harian jangkitan Covid-19 di negara itu yang mencatatkan 54,517 kes, semalam.
Jurucakap Duterte, Harry Roque berkata, larangan tersebut berkuat kuasa esok sehingga 31 Julai ini.
Sebelum ini, selain Singapura, beberapa negara turut mengenakan larangan sama iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Oman, Arab Saudi, Hong Kong dan Taiwan.